Saturday, June 27, 2009

Semalam, selesai tugas mengendalikan Minggu Pengurusan. Sungguh menyeronokkan, walaupun penat tapai berbaloi kerana semua yang diharapkan tercapai dengan jayanya.

Kemesraan di antara pelajar lama dan baru, menunjukkan positif. Inilah yang hendak dilihat sebenarnya. Kita sesama satu IPGM (Kampus Batu Lintang) khasnya, kita sepatutnya bersama-sama mengembelingkan tenaga kita untuk kejayaan bersama.

Pelajar yang disyakki H1N1, saya sentiasa mendoakan agar mereka cepat sembuh, dan jauhkanlah dari penyakit itu hendaknya.... susah kita nanti semua dibuatnya.

Thursday, June 18, 2009

Sejarah Pengakap Saya













































































































Nama:
Mohd. Azhar Zainal

Bertugas:
Pensyarah dan Pegawai Grafik

Tempat Betugas:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Batu Lintang
Kuching, Sarawak.

Tauliah:
Jurulatih Antarabangsa

Pengalaman:
1969 - 1974 - Ahli Pengakap
1976 - 1977 - Pemimpin Pelatih MPKB
1978 - 1987 - Pemimpin Pengakap
Sekolah Kebangsaan Felda Pasir Raja

1988 - 1993 - Pesuruhjaya KLM 29 IPBL
Institut Perguruan Batu Lintang

1994 - 1996 - Pesuruhjaya KPM 37
Maktab Perguruan Sains Bintulu

1999 - Sekarang Pen. Pesuruhjaya KLM 29 IPGM
Kampus Batu Lintang & Jurulatih Antarabangsa

Anugerah:
Anugerah Ketua Pengakap Negara – 1995
Bintang Perkhidmatan Baik - 2007

Sejarah Batu Lintang


62 tahun, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang yang terletak di Bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak. Lokasinya adalah di penghujung Jalan College, kira-kira 8 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kampus ini terletak di atas bekas tapak kem tahanan tawanan perang semasa pendudukan Jepun. Adalah dianggarkan kem ini pernah menampung 3000 tahanan semasa pendudukan Jepun (1942-1945).


Kampus ini bermula pada penghujung tahun 1947 dengan pengambilan seramai 19 guru pelatih, termasuk yang datang dari Sabah dan Brunei Darulsalam. Pada permulaan, latihan diadakan di Madrasah Melayu, Jalan Jawa (sekarang Jalan P. Ramlee) Kuching. Institut ini dipindahkan ke tapak sekarang pada pertengahan tahun 1948 dan dibuka secara rasminya pada 1 Julai 1948 dengan nama Pusat Latihan Dan Sekolah Batu Lintang. Sepuluh tahun kemudian, pusat latihan ini bertukar nama kepada Batu Lintang Training College. Pada tahun 1967, maktab ini bertukar namanya lagi kepada Maktab Perguruan Batu Lintang.


Kampus ini dinaik tarafnya kepada institut secara rasminya pada 1 April 2006 dan kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang