62 tahun, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang yang terletak di Bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak. Lokasinya adalah di penghujung Jalan College, kira-kira 8 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kampus ini terletak di atas bekas tapak kem tahanan tawanan perang semasa pendudukan Jepun. Adalah dianggarkan kem ini pernah menampung 3000 tahanan semasa pendudukan Jepun (1942-1945).
Kampus ini bermula pada penghujung tahun 1947 dengan pengambilan seramai 19 guru pelatih, termasuk yang datang dari Sabah dan Brunei Darulsalam. Pada permulaan, latihan diadakan di Madrasah Melayu, Jalan Jawa (sekarang Jalan P. Ramlee) Kuching. Institut ini dipindahkan ke tapak sekarang pada pertengahan tahun 1948 dan dibuka secara rasminya pada 1 Julai 1948 dengan nama Pusat Latihan Dan Sekolah Batu Lintang. Sepuluh tahun kemudian, pusat latihan ini bertukar nama kepada Batu Lintang Training College. Pada tahun 1967, maktab ini bertukar namanya lagi kepada Maktab Perguruan Batu Lintang.
Kampus ini dinaik tarafnya kepada institut secara rasminya pada 1 April 2006 dan kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang
No comments:
Post a Comment
Sila Hantar Apa-Apa saja cerita ....